Piawaian Pengelasan Pendidikan Antarabangsa
Piawaian Pengelasan Pendidikan Antarabangsa

Piawaian Pengelasan Pendidikan Antarabangsa

Piawaian Pengelasan Pendidikan Antarabangsa (Inggeris: International Standard Classification of Educationcode: en is deprecated ) (singkatan: ISCED) merupakan sebuah kerangka pendidikan yang menyusun program dan kelayakan pendidikan[1] dengan menetapkan definisi yang sekata dan diterima pakai secara universal, bertujuan untuk memudahkan perbandingan program pendidikan yang terdapat di negara-negara di seluruh dunia.ISCED menjadi rujukan antarabangsa bagi pengkelasan program pendidikan dan ianya diselia dan disemak secara berkala oleh Institut Statistik PBB dengan perundingan bersama negara ahli anggota dan beberapa organisasi antarabangsa dan serantau yang lain. ISCED 2011 (pengkelasan sistem pendidikan)[1] merupakan semakan penuh kedua yang mula diterima pakai semasa Persidangan Agung UNESCO pada bulan November 2011.

Piawaian Pengelasan Pendidikan Antarabangsa

Tujuan Kerangka yang menetapkan fasa sistem dan latihan pendidikan secara universal dan diterima pakai di seluruh dunia.
Subjek Pendidikan
Dibuat 1970
Pengarang UNESCO Institute of Statistics (UIS)
Tajuk asal International Standard Classification of Educationcode: en is deprecated